Info UMK















  
Penubuhan sebuah universiti di negeri Kelantan telah 
dijadikan salah satu komponen dalam Rancangan Malaysia Ke-9
bagi menyokong pembangunan modal insan berkualiti dalam 
sektor pendidikan tinggi negara. 
YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan persetujuan 
kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam
pembentangan RMKe-9 pada 31 Mac 2006. 
Penubuhan Universiti ini telah mendapat kelulusan daripada
Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006.
Jemaah Menteri juga telah menetapkan supaya falsafah
kurikulum pengajian di UMK berteraskan kepada pendidikan
keusahawanan dan perusahaan
(entrepreneurship education and enterprises) dalam semua
program pengajian. Oleh itu frasa rangsangan seperti
“Entrepreneurship is Our Thrust” (Keusahawanan Teras Kami)
dan “Entrepreneurial University”(Universiti Keusahawanan)
digunakan dengan meluas. Pengkhususan pengajian untuk
pembangunan jangka masa pendek dan sederhana
dikelompokkan kepada tiga bidang pengajian iaitu :

  1.     Keusahawanan dan Perniagaan 
  2.   Teknologi Kreatif dan Warisan 
  3.  Agro-industri dan Sains Sumber Asli

Pada masa yang sama, penekanan diberi kepada
kemahiran bahasa dan kemahiran insaniah.
Semua program pengajian bertujuan untuk melahirkan
modal insan negara yang berkualiti tinggi dengan
minda kelas pertama, lengkap dengan ciri-ciri keusahawanan.
Modal insan yang dihasilkan dimanfaatkan untuk kesejahteraan
global dengan memberi perhatian kepada peningkatan keupayaan
dan kemampuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
(capability and capacity building of SME) serta menyumbang
kepada pembangunan masyarakat perdagangan berkeusahawanan
tinggi. Dalam semua pelaksanaan, teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) diguna sebagai pengupaya (ICT as an enabler).

Penubuhan Universiti
Kampus sementara Universiti Malaysia Kelantan di
Taman Bendahara mula beroperasi secara rasmi pada
1 Julai 2007 dengan pendaftaran pelajar-pelajar sulung UMK
seramai 295 orang. Pada tahun kedua operasi,
iaitu mulai Julai 2008, pihak Universiti telah berjaya mendaftar
seramai 332 orang pelajar.
Naib Canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan ialah
Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Zainai bin Mohamed
yang dilantik pada 1 Oktober 2006.





























































No comments:

Post a Comment